Sunday, December 23, 2012

Resipi:Udang bakar dengan sos asam.

Assalamualaikum

Last week aku asyik masak seafood je untuk laki aku like udang dan sotong.Sebab utama aku masak udang dan sotong sebabnye laki aku ni kurang makan ikan.Payah jgk nok,aku ni ade resdung kalo ikutkan kehendak die aku sanggup ( nak pikat suami pikat selera dulu ) mehehe.

Biasenye aku akan masak yang simple macam sotong sambal goreng dan udang sambal goreng ataupun udang masak kari.Tapi  baru-baru ni aku tukar selera aku bakor je seafood tu.Nak tau resipi jom cikidot :

Bahan-bahan utama:

Udang ---kuantiti udang tengoklah ramai mana nak makan 
Lada (blend)
Bawang merah (blend)
Bawang putih (blend)
Halia (blend)
Belacan
Asam jawa ( pakai yg paket )
Serbuk perasa.
Serai dihiris nipis-nipis
Daun limau purut dicarik-carikkan

** Bawang merah,bawang dan halia diblend together-gether**
** Lada blend sorang-sorang die je **
** Bawang dan lada pon aku main agak-agak je tak proper sukatan ye**

Cara-cara:
Campurkan asam jawa dengan air.Kalau boleh nak pekat.Kemudian dah dapat air tuangkan dalam mangkuk berasingan.
Kemudian masukkan bahan yang diblend ke dalam air asam jawa tadi dan kacau supaya dieorang dah mesra gittew.Lepas tu boleh masukkan belacan ,bahan perasa dan juga serai dan daun limau purut tadi.
Agak-agak dah sedap tekak korang merasa boleh tuang sos asam ini ke atas udang tadi dan bakar.

** Aku bakar udang ni menggunakana daun pisang dan gune microwave dengan suhu 200-230 .**


Tadaa inilah hasilnya.Kalau korang nak campurkan sotong dengan udang pon boleh.Nak gune ikan pon boleh jugek.

Sebelah udang tu sawi china masak dengan oyster sos :)

Selamat mencuba yea!!





Tuesday, December 4, 2012

#Wordless Wednesday

Assalamualaikum

                                              
                                     # color blocking

Sunday, December 2, 2012

Tips:Kecilkan peha

Assalamualaikum

Since aku dah kahwen ni macam-macam keajaiban berlaku terhadap diri aku.Silap makan dan uncontrol makan siap ah memang jd Hulk versi pempuan la aku gamaknya.Before kawen ,kuantiti makanan yang diambil sangtlah sopan dan makan nasi pon satu kali sehari je.Aku jugak tidak mengamalkan pengambilan ais yang terlalu kerap.Boleh kire a berape kali je aku minum ais.Tapi khen lepas kawen ni macam belaan pon ade jugak ( makan untuk dua orang ).Kalau nak makan nasi tu tak boleh kalau tak penuh satu pinggan,lepas tu pulak lepas makan je terus minum air.Sedih,kenape before kawen aku boleh amalkan perkara yang sihat namun tidak lagi selepas kawen ( ayat paling menyentuh kalbu la ni ).

Dan dengan amalan-amalan yang tidak sihat ni lah aku telah mengalami azab dan sengsara yang teramat dahsyat!!Peha aku rasenye double double besarny.Samapi pengsan aku dok pikir apehal mudah sangat kau membesar wahai peha??Jadi dengan rase tidak puas hati aku akan pertahankan saiz peha aku seperti dulu dengan tips yang berikut :

Panjat tangga/menaiki tangga :

Kalau korang diberi peluang untuk menaiki tangga .So please gunakan tangga berbanding menaiki lif.Kerana menaiki tangga adalah senaman yang paling mudah,ringkas dan pantas.Hasilnye ia akan membantu menurunkan lemak dan pada masa yang sama meningkatkan metabolisme.

Berbasikal :

Ini juga pilihan yang lebih mudah.Ambik fixie pusing pusing kampung sampai penat.Dengan berbasikal otot-otot kaki akan lebih kuat dan meningkatkan daya tahan otot-otot kaki jugak.Jadi berbasikal lah kome.

Berjoging :

Berjoging juga salah satu pilihan yang mudah dan ringkas.Ia bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh sekaligus dapat menurunkan/membakar lemak lemak tepu pada bahagian peha.Ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan tubuh.Lakukan senaman ini 15-30 minit pada setiap hari.

Minum air putih :

Air putih sangat bagus untuk metabolisme badan.Jadi korang perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.Elakkan minum air ketika dahaga sahaja..No.no.no sangat tidak bagus okay.


Jadi korang's yang mempunya masalah same goes to me,amalkan tips -tips di atas.Semuanya simple ,mudah dan murah.Tidak perlu melabur duit pon.:)

Selamat mencuba...Bye!!

Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 20, 2012

" Just married "

Assalamualaikum.

Hye Wednesday bertemu kite di enty ini :).Rase seronok gile sebab minggu lepas aku dapat cuti panjang di mana hari Selasa all Indian's celebrate Diwali ( mcm aku nak rayakan ),lepas tu Rabu aku sesaje apply cuti sebabnye aku malas nak ulang alik bukannye dekat bhai aku kene ambik kire duit minyak kete lagi lepas tu Khamis awal Muharam .Kan ade advantage cuti berkapit ni baik aku apply straight je Selasa till Sabtu.Ahh seronoknya dunia!!

Then,Cik Husband  menyatakan hasrat nak ajak aku nge-date kt mana-mana je lah.Aku dah paham sangat ayat kt mane mane die tu.Tak cakap pon aku dah tahu.Disebabkan jalan2 ni memang makanan aku,maka aku setuju dengan hasrat beliau.Ye lah sementara perut aku ni still single mingle apakate aku dengan husband feeling2 like baru minggu lepas kawen gittew.Then kalau orang tengok dalam hati mesti cakap " Yeahh we're just married !! ''.Pergghh tahap kepoyolan tu memang di luar batasan :)



Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai basah kuyup tangan kau.Elok sampai carik Chocolate dulu.Peberet...hmmph...mahallll tapi sedap.Kepale senget tanda gembira :0



Dah puas hati macam orang gila pusing the curve tu,kitaorang terbang pule ke Ikea.Pusing-pusing nampak cermin besar terus snap gambar. 
* bukti feeling2 just married last week gittew *


Husband bukan photographer.Nasib baik nampak jugak separa tubuh aku.Eh hai oll's me wearing bawal sarung.Sangat selesa dan tidak panas.Tapi sedikit jarang namun i pakai dengan neck inner jadik tak nampak la leher korang.FYI,bawal sarung  banyak gile kt Terengganu uolls.Aku pandang sipi2 je mcm tak heran dah.Hehehe.


Gemuk .Jahat gile sis aku,itu hari aku sempat nyinggah umah die for dinner.She was shocked!!Eww...ko pregnant ke??Cepat cepat aku jawab tak ah,aku dah gemuk sekarang.Direct je senang takdelah orang tanye sebab ape kau gemuk sekian sekian kan...Hmmph.

Jeans pon dah tak boleh pakai sekarang.anyone suggest me  yang belom pregnant  ni perlu buat ape untuk dapatkan saiz badan seperti dulu :(


Tuesday, November 6, 2012

HI-TEA @PAPPARDELLE CAFE

Assalamualaikum

Tempoh hari,MGKT mengadakan HI-TEA kt pappaderlle cafe.Dengar-dengar buah mulut orang cakap pappardelle cafe ni berkonsepkan ITALY..tapi aku tak tahu sebab tak pernah pergi tapi bile aku pergi aku tahulah apa konsep cafe tu.Aku pulak boleh selamber dah separuh paragraph mengarang bajet korang paham natang ape ( MGKT ) tu??Meh la aku nak bagitau MGKT tu adalah MAJLIS GURU DAN KAKITANGAN .Kirenya cikgu-cikgu ni ade geng la macam pertubuhan kelab bukan gang gangster mahupun gangnamstyle..Okay tak lawak.

Jadinya aku ini yang tak berapa nak penting juga suke menyorokkan diri dalam ICT lab selama setengah hari kemudian  tepatjampukuldua baru tunjuk muka dekat guru besar turut dijemput.Ape bahagianya manusia malas macam aku ni dipandang baik oleh mereka-mereka tu haha.Jadi mereka sudah siap edar booklet kat aku aturcara majlis beserta dengan tema.Dan tema pada hari tu adalah " Kamilah bintang "..Mampus aku nak capai bintang kat langit..memang tak tercapai dek akal aku la der.Macam pening lalat je waktu tu nak terima kenyataan dan tak sempat pening aku decide nak pakai as simple as i can.Lantaklah takde bintang pon,tak mati lagi pon.Kalau tak bintang pon tak kene halau kot.Pot pet pot pet kau orang tengok sendiri la betape miskin nye theme aku haritu :)



Jangan tertipu,ini begedil soto versi manusia..Boolat betol muke aku ni baru perasan.Tak nak dah buat vintage style gune tudung bawal ni ( tetibe salahkan tudung bawal kan !! )


Ape yang korang tengok adalah grill beef with black pepper sauce,spice prawn with black pepper sauce,potato salad with lemon juice and nasi goreng cina.Pehh caption makanan nak bagus-bagus je mentang-mentangla ITALY concept.Nasi goreng cina makanan ITALY ke??nampak sangat aku ni penipu tegar.


Bersama datins hot suam2 gittew


Si merah dan dia adalah bintang pada hari tersebut.Semua dia rembat!!Murah rejekinya.


What I'm wearing:Maxi dress yag sudah dirotate like a thousand time,long cardi baru beli a day before dan tudung bawal pon dah banyak kali rotate.Bintang??Tunggu malam ah kau nampak bintang *_ ^


Style gedik perempuan macam nii la kawan!!

Deco de cafe yang sempat aku capture.Lampu itu sangat menarik bagi aku.

Bagi aku ,makanan kt Pappardelle memang the best.Memang cukup rase ,especially nasi goreng cina dengan potato salad dan pada hari itu jugak aku ade try spaghetti even aku bukan penggemar spaghetti and u know what tekak aku boleh terima rase spaghetti .Macam sedap gile kot.

So sape-sape yang berada di area Kemaman ,Terengganu bolehla berkunjung ke Pappardelle Resturant yang berada di bandar Chukai Utama,Kemaman.Nak lagi senang nampak ,cafe berada di belakng bangunan KWSP.

Pappardelle is OHSEM!!

Sunday, October 28, 2012

Entry standard seluruh alam

Assalamualaikum

Macam biasa bile tiba hari raya semua orang bercakap dan havoc pasal raya.Kalau ade function semua orang mem-busykan diri untuk tangkap gambar banyak-banyak lepas tu upload kat facebook.Aku dah biase dengan semua tu der.Tak yah cakap memang semak mate tengok termasuk aku jugak sebok carik tempat cantik lepas tu berkhayal di depan lens tanpa memikirkan perasaan orang lain.Ahaks!!

Nak dijadikan cerita ,Raya Adil Adha baru-baru ni aku,adik dan kakak aku plan nak tembak gambar banyak-banyak memandangkan tahun lepas kiteorang shoot depan rumah tepi semak bawah pokok buluh je,jadi raya kali ni kiteorang ubah angin dengan tempat-tempat yang sejuk,damai dan tak serabut otak bile memandang.Al maklum lah kat Terengganu ni banyak pantai,air pantai bersih,batu-batuan besau besau.Jadi kiteorang dah ade kate sepakat untuk tangkap gambar kat pantai.So let's cikidot :)



*Kiri:adik,tengah:gua,kanan:kakak.




Kiri:saye,kanan:Hmmpph...tok laki saye :)


Oh aku sangat suke gambar ini.Gambar ini menceritakan 2 orang adik beradik berebut payung di bawah sinaran matahari.


Heee...malulah gediks!!Tak yah gedik sangatlah !!


Ittew sukew sangat gambar nie sebab tok laki kittew tak pandai pose badan tegap 90 darjah.!Huh!!


Kenape body tu tak ade posture langsung!!Ni aku rase nak buat gambar tipu ni ( super impose )


Again with jiran hantu kak limah ( tudung bawal )


Campuran pelbagai bibik muke,warna kulit dan ketinggian yang berbeza.


Comel tak gambar-gambar ittew..Gambar tau bukan muke itttew2 kat atas tuh.Kalau comel sile komen,kalau tak comel pon komen jugak.

Dan tak terlambat aku nak ucapkan salam Aidil Adha to all readers ,tu pun kalau ade yang sudi bace.

Salam and bye bye!!
P/S :Suka entry ni? Boleh tolong klik  butang donate kat bawah ye. TQ :D

Tuesday, October 23, 2012

#wordless Wednesday#

Assalamualaikum





Tak comel pon ;p
P/S :Suka entry ni? Boleh tolong klik  butang donate kat bawah ye. TQ :D

Tuesday, October 9, 2012

CLARKS vs VERNS

Assalamualaikum

Tengok tajuk tengok tajuk.Cukup gah di mata dunia aku fikir!Memang agak bran letak tajuk brand kasut yang mahal vs brand kasut yg so so mahal.Arghh boleh la ,ade duit semua jalann nokk.Aku sebenarnya nak bagitau bukan nak membebel.Beberapa hari lepas aku and husband went to shopping mall dengan harapan nak cari kasut/sandal dan jugak kain nak buat baju pergi sekolah.So kiteorang pergi mall yang dekat-dekat je dengan tempat kiteorang supaya senang nak berulang-alik.

Nak dijadikan cerita ,a few months ago i dah cakap siap-siap dengan tok laki a.k.a husband ,nak cari sandle yang sederhana tebal tak nak da pakai wedges sebabnye penat kaki,lagi satu sebab aku kan cergas dan cerdas berlari sana sini jadik wedges tak sesuai dengan aku  umpama pondan yang baru belajar pakai wedges.So aku da buat pilihan pertama di mana aku nak beli sandal CLARKS walaupun sekali pandang design clarks ni macam mak-mak sikit tapi for me kalau selesa aku akan rembat.Aku dan suami menuju laju-laju ke CLARKS pada hari tersebut.Sandal tu memang dah lame aku aim,tapi aku tengok dari jarak jauh je sebab time tu tak ade duit.Sobs :(.Dan hari tu aku pergi dengan suami ,cepat je tangan aku tunjuk kat suami aku design yang aku idam-idamkan tu.Then aku ambik..tengok,lawa dan sesuai bawak pergi keje ,then mintak saiz aku.Aku pon try la pakai dua-dua jalan.....and...tgh try dalam hati..." What theeeeeeee......" ..Perghh!!Apehal aku rase macam pijak something yang aku x dapat aku nak describe kat korang.Then aku pon bukak ,tengok harge RM3**..Oh myy....langsung tak affordable dengan kualiti.Aku pon bisik-bisik dekat suami aku depan-depan promoter ..Da suami aku cakap nak ke tak nak??Aku pon keliru dua saat.Lantas aku letak balik tarik tangan laki aku laju-laju keluar dari kedai tersebut.

Laki aku tergamam ,aku cakaplah..tak nak lah mcm ni,rege boleh tahan tapiiiiii langsung tak comfort.Sakit tumit aku .Tu baru sekejab aku try da kalau aku beli hari-hari kat kaki aku camano??Cuba korang jawab sikit.

Tak puas hati ^_____________^.

Mate aku melilau mencari kedai kasut yang sesuai dan ternampak Verns.Aku pon masuk ,pilih-pilih ,belek-belek ade la satu dua yang kene dengan citarasa aku dan sesuai untuk aku yang cergas macam iklan Milo tu.Suami aku turut bekerja keras tolong pilihkan untuk aku,last dapatlah satu yang suami aku pilih warne cream susu dan sopan la kalau nak pakai ke sekolah.Aku pon mintak dengan promoter saiz aku.Then aku try,jalan-jalan.Gillee comfort.Series sekali aku try da tak pandang yang lain.Memang puas hati.Aku cakap dengan suami aku berani mati nak yang itu.Harga pon tak mahal RM79.90.Sape yang tak rase gembira kalau kauliti bagus dengan harga yang berpatutan cuba cakap kat aku.Sambil-sambil bayar kat kaunter tu aku terfikir sorang-sorang sambil mate ke atas ,kenapa Clarks tu femes sangat rege ratus-ratus pon orang sanggup beli sedangkan aku ni dah pegang and try langsung tak de perasaan nak beli.Tak tahulah maybe certain design ok dan dan tak ok kan.Dah bayar suami aku sindir-sindir aku.Tak pernah cube gatal nak jugak lepas tu nak bising-bising tak ok la hape la.Erggh...bising pulak laki aku ni,da aku beli yang murah tu cukup baik,jimat la duit poket die.Hmmphh.

Seriously aku ni kalau bab duit bukan berkira-kira sangat,tapi kalau da tak puas hati aku memang berkira-kira jugak.Tak padan dengan harga aku rase buat ape aku nak bazirkan untuk beli yang harge RM3** sedangkan aku boleh beli sepuluh yang selesa dengan harga itu.Betul ke tidak wahai-wahai pembaca blog pucat ?? ( Biarpon bukan aku yang bayaukan ).Heheh.

Jadi i feel no regret with that sandals even cheaper tapiiiicomfort. gilakks.Rase terletak dan selamat je tapak kaki aku .Boleh dikatakan hari-hari aku pergi keje aku pakai yang itu je sebab sangat selesa,comfort dan ringan.Waahh ,much love dah la murah,comel lepas tu siap dapat kad ahli lagi free pulak tu.:).Lagi lah aku gembira .


 Wahai sandle aku sangat mencintaimu ,tapi aku terpaksa lepaskan kau pergi demi kebaikan kaki dan otot-otot kakiku..Muhehehehe.

Jadi korang-korang sekalian perlu bijak dalam membuat keputusan supaya tidak menyesal dikemudian hari.





P/S :Suka entry ni? Boleh tolong klik  butang donate kat bawah ye. TQ :D

Monday, October 1, 2012

level confident yang sangat tinggi.

Assalamualaikum.

Hye all,macam tak caye jek aku kembali menaip kotak kosong ini.Bukan sengaja aku biarkan lelame tp kekangan mase melampui segala-galanya.Ecece ayat kau nak bagus je nok ;d.Well niat suci aku hari ini adalah untuk berkongsi dengan korang's semua pasal kecantikan muka,dalaman luaran dan sebagainya.

Aku??Tak delah cantik pon tapi ade jugak la tegur rupe aku ni macam Tiz Zaqiyah..tengok spelling pon tak betol  ape lagi muke memang tak a kan!!Jemah yang tak nampak ( buta ) je cakap muke aku macam Tiz Zaqiyah.Okay melalut panjang tak gune bhai.Meh aku nak kongsi dengan korang miracle product yang boleh membuatkan korang rase macam diva bile berjalan di public.

Actually product ni semua orang sudah terang dan jelas iaitu VCO di mana nama penuh die VIRGIN COCONUT OIL.Aku sebenarnya kurang dengan penganbilan supplement ,lagi lagi kalau fungsi die untuk kecantikan kulit muke.Sebab aku ade perasaan yang takut dan jugak fobia untuk mencuba sebarang product   kecantikan sebab aku rase kulit muka aku tak bermasalah sangat dan cukup sekadar yang sudah ade je .Like so so gitu je.Tapi dengan VCO ni pon aku tak tau a macam mane aku boleh terjebak ,mugkin pengaruh dari adik perempuan aku di mana die sendiri menjual product tersebut secara tidak langsung die boleh mendapat duit poket dengan mudah dan cepat sebab customer a.k.a pembayar ada di depan mata!!

Meh aku cite kat korang's pasal VCO a.k.a minyak kelapa dara dan kenapa tetibe tahap keberanian aku melampui segala-galanya lantas aku mencuba VCO :

1- Aku mengalami masalah keguguran rambut yang kritikal,di mana tanpe disikat dan aku main-main usap kepala aku rambut tetap gugur.Bukan seurat dua berurat-urat tau!!

2- Masalah dandruff yang orang kata ditahap langsung tak boleh blah!!Macam-macam shampoo aku cube,dan pelbagai penyubur rambut namun gagal juga.Geram lak aku dengan dandruff ni.

3- Masalah 'keputihan' dan jugak period yang tidak stable.Keputihan ni memang la bukan semua wanita yang ade tapi orang kate " prevent bettter than cure "..Hahh hamik kau belit-belit lidah aku.

4- Last but not least, of course la kan aku memang tak reti nak syukur.Nak kasi kulit muke aku lg flawless than before.Nak glowing2 like a star..Kahkahkah. dan jugak untuk kesihatan dalaman dan luaran la.Bukan nak cantik semata-mata .Itu semua anugerah Allah die da cukup sempurnakan mencipta kite kan.

So Alhamdulillah dengan kuasa Allah s.w.t dan pengambilan VCO sejak 4 bulan lalu mendatangkan hasil.Hasil yang ketara adalah masalah keguguran rambut berkurang dan period aku stable selama 3 bulan mengamalkan pengambilan VCO.

VCO juga berfungsi untuk mengurangkan berat badan di mana dengan  pengambilan 2 biji sehari ,InsyaAllah lemak-lemak dan dan toksin dalam badan akan disingkirkan.Selain itu juga VCO ni boleh mengekalkan kecergasan badan sepanjang hari.Let say yang gigih bekerja kt site ataupun yang duduk melanguk je dalam opis sambil layan online social network especially facebook insha Allah korang amalkan waktu pagi satu biji dan malam sebelum tidor satu biji akan terasa cerdas sepanjang hari.

Selain itu juga,bagi yang malas atau tidak sempat untuk tepek bedak mahupun foundation tak perlu risau muke kusam or bertukar wajah kalau tidak make-up.It is because VCO sudah berfungsi untuk naturalkan kulit muka sekaligus menaikkan seri dan glowing tanpa bedak di muke.

FYI and if not my mistaken VCO sekarang dipasarkan dalam 2 bentuk iaitu capsul dan cecair.Kalau yang dah biase dengan penggunaan collagen pon memang da dipasarkan sebelum ni ,tapi the latest one aku pergi beli dekat kiosk kat market haritu ade yang cecair punye.

Penat aku cite pasal kelebihan VCO ni,apakate aku cite pula kt korang care penggunaan VCO.Mengikut cakap adik perempuan aku ni VCO bukan sahaja boleh ditelan tapiiiiii ia juga boleh disapu dan juga ditepek pada bahagian bermasalh.Contohnya:

1- Mengalami jerawat batu yang terpampang sebesar BAS TRANSnasional kat dahi.
Caranye adalah korang kopekkan sedikit bahagian atas kapsul then picit keluarkan minyak lepas tu sapu pada jerawat.Aku bagi contoh jerawat mak jemah,tapi kalau korang mengalami masalh lain seperti kulit melecur mahupun terbakar pon boleh gunakan cara yang sama.Macam aku ni masalah rambut gugur so aku makan dan jugak sapu pada kulit kepala.Mudah bukan??

2-Korang juga boleh titikkan VCO ni pada foundation atau krim muke.Like watever korang rase sesuai untuk ditempek pada muke.Frankly speaking yall's before this ak tak pernah buat this method aku hanya sapukan pada rambut dan makan since i tak pernah make-up dan tak pakai sangat foundation.But this time aku cube buat di mana aku titikkan pada cream safi.Nak tau cream yg macam mane sile klik sini.Aku pernah kongsi dengan korang waktu ketika dulu.

Effect bile titikkan  VCO ke dalam krim safi sangat lah ohsem!!Kulit muka aku rase moist sepanjang mase dan paling penting jimat mase sebab aku dah tak pakai moisturiser.Ape awsomenye VCO ni da la banyak function,senang pakai lepas tu automatik muka jadi cute..Mehehehe.

Kalau korang rase macam aku ni penipu sila tengok gambar kat bawah ni.Mungkin tak berape nampak  perbezaan die tapi aku jamin kalau korang cuba inshaAllah berkesan dan gambar ini tidak diedit ye hanya crop dan cantumkan sahaje :)



1- Kalau dilihat gambar sebelum aku hanya menggunakan moisturizer dan cream safi sahaja .Sesungguhnya bile petang menjelma cream akan pudar dan kulit muke aku menjadi sedikit merah.Mungkin disebabkan faktor kulit aku yang terlalu cerah.

2- Gambar yang selepas adalah gambar waktu sukan tahunan di sekolah minggu lepas.See dalam keadaan panas terik pon kulit muke still flawless dan glowing selepas penggunaan VCO ke dalam cream safi.Sebelum aku oleskan cream safi aku sapukan dulu sunblock untuk fully UV protection :D


Jadi tepuk dada ,tanyelah diri.Okay..wa blah dulu .Banyak keje nak kene buat.




P/S :Suka entry ni? Boleh tolong klik  butang donate kat bawah ye. TQ :D

Wednesday, August 29, 2012

merdeka raya

Assalamualaikum.

Selamat hari raya la korang semua.Hari ni baru ade mood nak menghupdate blog ..Alah macam bosan la ,tiap kali raya update blog pasal raya tak leh ke hupdate pasal anak kiah mati tercekik lidi sate ke.Tapi pasal raya jugak tu.Tapi takpelah disebabkan raya hanya sekali setahun apa kate kite meraikan hari raya ni sampai muntah satu baldi pon tak pe la.Kire ok ok la ek.

Actually,tahun ni aku macam happy ,,err raye tahun ni dengan suami.Tahun pertama as a wife.Tapi aku xmo ar update raya aku dengan laki aku,aku update raya dengan orang laen.Ha...jeng..jeng..jeng!!Lets check it out bebeh :)

Kiddo yang sangat comel lotey menggayakan baju raya.

bersama-sama awek-awek cun..memang awesome gile!!sporting sangat cikgu cikgi ni semua!!

Ini separuh yang masuk gambar,yang belom masuk tak tengok lagi.Ya Allah syukur nikmat atas rezekimu..Makin bam bam la aku lepas ni..Series wa cakak sama lu!!

say cheese!!!!!mari tunjuk gigi ramai-ramai :)


I'm a judges for today!!That bicycle too munge-munge...tak layak masuk competition tapi layak masuk pasu bunge je..muehehehe..( kau ingat lawak sangat ke )..ok tak lawak.


Lagi gambar dan lagi...malas da la nak update..sebab pakai camera handphone jew...hehe.


Walaupun sekolah aku bertugas ni dikira sekolah luar bandar,pedalaman dan langsung tak de bangunan cement,tapi aku seronok sebab orang-orang kat sini friendly,kindly dan lovely..Muahaha.

Sambutan raya kat sini hebak,mengalahkan sekolah-sekolah bandar tau.Lagu  raya diputarkan hampir nak terkeluar gegendang telinge aku,makanan sangat banyak dan tempting okay!!Murid-murid pon semua cool je xde lah kalut bro!!

BTW..this is my very first time celebrate hari raya with teachers,officer staff and kiddo.I enjoyed and very joyful ..Barak Allah.

NOTA TANGAN:NON-EDITED PICTURES!!SUDAH2 PERGI BUAT KERJA SEMUA BUKAN ADA APA PON DENGAN BLOG AKU NI :)

P/S :Suka entry ni? Boleh tolong klik  butang donate kat bawah ye. TQ :D

Monday, August 6, 2012

TUTORIAL DIAM!!

Assalamualaikum

Tak terlambat kot aku nak ucapkan salam ramadhan buat seluruh umat Islam di facebook terutamanya.Der facebook je org dok wish2 puasekan.Okay forget it,dan sekarang aku bukanlah bermimpi disiang hari kerana setelah sekian lama aku kembali ke alam blogger tapiiiiiii aku bosan tahap dewa di siang hari.Maka tanpa berfikir panjang dan line tenet kat sini tidak terlalu menguji kesabaran aku ,terupdate la entry ini :)

Aku suke suke dalam diam je buat entry berserta video diam ini.Saksikan lah :D


Mungkin aku sudah salah percaturan,dengan rasa bengang nye video ni cannot play peeps.Actually aku buat tutorial cara pakai tudung bawal.Hakhakhak.Nak buat camano da die xmo play,sesuai la nama video diam pon.aku suke-suke je letak name diam tapi betul betul diam nokk!!

Nak tengok hasil die ,ade la sket kt bawah ni aku verangan gila vavi lepas record vid diam neh :D

Boleh tahan gak ar gedik die ni.

Err... sudah genap dua bulan saya jadik bini kt laki saya.Tapi saya macam budak-budak comel lagikan!!Sape setuju sila boo boo saya!!

Thanx for reading this entry :)

Monday, June 11, 2012

BIG DAY

Assalamualaikum..

Hye all,masih lagi bermimpi tapi ini bukan mimpi ini kenyataan aku sudah sah menjadi isteri kepada suamiku Ahmad Azhafeez Bin Razai Ali!!Percaya atau tidak,harus percaya dan aku telah lalui sekarang.Happy,blur,eksaited dan ape lagi perasaan aku pon tak tau nak explain.

Disebabkan terlalu gembira dan tak tahu nak cakap apa maka harus aku tayang serba sedikit gambar ihsan dari photo geraper tag dekat fb aku..Cikidot!!

Sah dengan dua kali lafaz diakadkan oleh abah aku sndiri.Nebes yaww!!

My abah..sobs :(







Memang over tahap ape aku ni..langsung tak taruk caption..Eksaited aku tgk gambar2 ni..hehe..BTW baju off white tu waktu akad dan baju merah tu time bersanding .FYI sandig ade dua pasang baju satu lagi songket tp belom ade sape2 yang tag kt aku,ade satu dua tapi tak lawa.Sepak aku laju-laju la demand sangat.

Selebihnya aku akan publish bila da dapat dari photo geraper..K.




Notes:gambar diambil oleh 2 org poto geraper iaitu http://www.facebook.com/duan.dabest  and http://www.facebook.com/ihsan.shamsuddin
Thank You.!!

Tuesday, May 22, 2012

santai selasa.

Assalamualaikum

Nama penuh aku Hafizah Shamsudin.Umur aku da cecah 20-an..cehh!!Remaja lg la teww!!Waktu aku kecik-kecik dulu sangat lah comels sebab ade iras-iras anak cine sesat yang bermata sepet + sparrow on left side.Tak tipu ..Reality mate aku waktu kecik memang sparrow on left side sebab tu lah comels.Aku selalu je jadi perhatian orang ramai sebab keunikan yang Tuhan bagi kat aku like " international look " giteww.Syukran.

Semakin aku meningkat usia 8-9 tahun ,tibe-tibe aku rasa macam aku ni anak "latin" yang macam dilahirkan kt Nigeria or Syria mahupun bangla.Series aku rasa aku la paling gelap,dan tak cantik dalam 6 orang adik beradik.Terus waktu umur lebih kurang 8-9 tahun aku tidak lagi menjadi attraction seeker.Kesian.

Dan aku jugak mempunyai tabiat luar biasa berbanding kanak-kanak normal yang seangkatan umur dengan aku.Aku tak suke pergi sekolah.Waktu pre -school dulu aku selalu je jadi pelakon terhandal .Realiti aku ni memang hebak and diva la waktu tuhh!!Waktu pagi ,kalau mak/abah aku kejutkan aku pergi sekolah,laju-laju je aku bangun ,cergaskan diri dan aktivkan diri macm iklan milo kt tv.Lepas da siap mandi and makan abah aku akan hantarkan aku dekat tepi jalan dan biarkan aku jalan sorang-sorang.and,,at the time aku akan berpura-pura sakit perut macam cirit-birit gitu.Lantas abah aku pimpin tangan aku dan balik semula ke rumah.Teknik penyamaran itu sangatlah berhasil kerana abah melihat kesungguhan aku start dari bangun tido hinggalah berjalan pura-pura nak ke sekolah :)

Well,bukan waktu kecik je,sampai besar pon perangai tetap tak berubah.Dulu-dulu kt sekolah aku tak suke bergaul dengan budak-budak lain.Bawak diri aku sendiri ,lone -ranger katekan.Waktu rehat aku tak peduli dah sape yang ade kt sebelah aku,janji depan mate aku terhidang cekodok bilis dan air milo,Menu terhangat waktu pre-school dulu.Waktu main pon aku main sorang2 tanpa mempedulikan perihal orang lain.See...bagus ke idak aku ni??Tak pernah menyusahkan orang tau.ehem (*_*)

Bile menjangkau usia belasan pula,aku jugak sudah mule pandai bergediks.Bukan bergediks dengan jantan tapi bergediks dengan trend di sekolah.Aku pon tak paham trend sekolah menengah waktu aku form 1 -3 cam gitu trend pakai kain labuh gile yang boleh sapu lantai dan senteng gila sampai nampak stokin.Ini memang betol-betol gile trend.Lepas tu pulak tudung singkat sampai menampakkan leher dan lengan baju dilipat sampai ke siku!!Kau paham tak??Tapi aku xde la gila macam tu.Dulu aku suke ikut trend yang masukkan plastik dalam awning tudung sebab tudung asyik kemek je!!Hahaha..

Waktu sekolah dulu aku ni kategori bodoh + pandai + nakal.Pakej kau!!Abang aku adalah seorang penolong  pengawas dan pak cik aku guru disiplin.Kau bayangkan semua berpengaruh.Tapi aku??Huuh..hampas santan basi betol.Aku ni kaki ponteng.Aku suke pilih tempat duduk paling belakang dan dekat dengan pintu.Salah satu factor aku decided nak duduk bahagian belakang sebab aku boleh menyelinap keluar sesuka hati bapak aku je,Yea sekolah itu memang sekolah bapak aku :).Tingkatan 3 paling kerap aku ponteng,tak paham cikgu membebel aku dan kawan-kawan aku keluar secara bergilir-gilir.Dan port ponteng seharusnya TANDAS yang wangi itu!!

Perangai tak bermoral ini berlarutan sehingga aku masuk form 6.Memang tak insaf.Aku memang da pasang niat,kalau masih bersekolah tingkat 6 aku takmo dah jadi pelesit.Tiap kali nak pergi sekolah pasti akan cakap sorang-sorang,aku nak berjaya,berjaya,berjaya..Berjaya versi DORAEMON adalah!!Tetap same ,tetap duduk di tempat paling belakang.Tak tahulah ape masalah aku ni,aku pon tak tahu nak describe bro!!

Macam mane nak berubah kalau kawan-kawan waktu form 3 masuk form 6 jugak.Memang tak ar kan.Tapi tak pe.Biarpon aku dan kawan-kawan bukan best student tapi kiteorang mempunyai budi bahasa yang tinggi dan sopan santun.( langsung takde kene mengene )hehe..Nak cakap la kiteorang pandai ambik hati cikgu tau.Tak pernah kene marah walaupun malas mcam taik!!

Namun sekarang aku jugak sangat bersyukur sebab masih diberi peluang olehNya untuk memanjangkan lagi jangka waktu belajar walaupun result tak gempak tapi cool.Sempat jugak lah aku meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Bagi aku itu semua adalah priceless gift from Him.Sape kate result macam watever tak boleh sambung belajar.Sape kate orang yang selalu dicalonkan best student boleh berjaya sampai bile-bile dan tidak semestinya orang tak lulus SPM selalu gagal.Itu semua adalah kuasa Tuhan.Kita sebagai manusia hanya mampu merancang..Rite??


Ikhlaskan hati,kuatkan semangat.
Thank You Allah for the gift.It is beyond  my expectation.Sangat bersyukur.

This picture was taken on my graduation day at PICC ( Putrajaya International Convention Center ) with Sir Ian.Sir Ian adalah dekan di Coventry University,UK. * gambar 3 tahun lepas *


Walaupun aku tak pandai tapi at least dapat jugak aku bak balik segulung Ijazah yang berisi " Business IT with Accounting "..Second class upper je pon.Tak kecoh lah.

Sides note:Realiti budak malas tak selalunya gagal.Realiti budak rajin tak selalunya berjaya.

Kbaii!

Friday, May 18, 2012

less 3 weeks

Assalamualaikum

Last night i went to D'Ganu Seafood for steamboat dinner.D'ganu is the best place for family gathering with air breeze environment and so gempak which is from the opposite side u can see the " Fake I-City " .I was there for the second time just because their steamboat  quite ok for me.Payah ok nak dapat steamboat kat Ganu ni lagi-lagi nak makan yg ala-ala Johnny's tu.So thankful to Allah because give me a chance to had great dinner with lovely sister and parent.

We also had a great conversation about our coming soon event.Err...hard to say this but i have to.That coming soon event will be my " event "..Huhuh!!Dan yaa....i feel like drowning because the event just around the corner.I might say I'm such a " kalut malut " because i don't know how to manage all the thing very well.Just wait for my sister to come back again on school holiday.She know very well mcm mane nak buat hantarans,nak deco bilik,nak cri bnde tu nak cri bende ni.

Dan di saat ini aku terasa macam nak pengsan pon ade jugak kau tahu!!Makin dekat makin aku rase bahang dan tekanannya.Masing-masing nampak aku mcm relax and chill ,padahal dalam hati Tuhan je tau.Yaa,this is first time since i bukan anak sulong,tak boleh berdiri di atas kaki sendiri but bring my twin tower everywhere i want.Bila ade je bnde tak cukup I'll text my sis to have a guidelines and suggestions.Argghh menyirap ,takut dan doubt!!Kadang-kadang waktu keje ,sedang aku syiok buat keje boleh lagi aku terbayang-bayang apa perkara yang perlu aku buat.Supervisor aku dok bagi arahan kat aku sempat lagi aku berangan balik keje nak siapkan hantarans ,lepas tu nak lipat kad and buat list sape-sape je yang aku nak invite.Dahsyat betul imaginasi aku.

So for yalls information,my event will be on 8th June 2012 ( Friday ).Aku buat majlis ni simple saja dengan niat akad selamat dan diredhai Allah.May Allah bless me.Sape-sape yang mengenali diri ini boleh la menghadirkan diri dan meringankan badan datang ke teratak kami yang beralamat:

745 jalan masjid lama,
Kampung Atas Tol,
21070 K.Terengganu.


This is special invitation for u guys.

For those yang aku lupe nak bagi kad,tapi korang terbaca entry ini boleh la hadir.Okay.Pray the best for me peeps :).InshaAllah dengan izinNya evertyhing will be OKAY!!Amin.

Tuesday, May 15, 2012

win to learn

Assalamualaikum

WARNING:THIS IS JUST SHORT ENTRY!!

I might say that,being an ordinary human I always do mistakes.Bukan takat satu kali or dua kali tapi berkali-kali.Berkali-kali tu bukan jangka masa yang panjang tapi berkali-kali dalam satu hari.SIGH!!.Aku seakan sedar kesilapan sendiri,tapi kenapa makin diperbaiki makin banyak kesilapan yang aku buat.

Yalls pernah terfikir ke kalau la korang in praktikal training tak kesah lah ape-ape field pon.Hari ni kau diajar oleh senior pasal bla,bla n bla..Bila senior tanye "Faham tak"..erm..kau jawab "Faham"..Then,bila suruh buat tak memadai langsung dengan jawapan kau jawab tadi dengan begitu confident padahal kau FAILED!!.Banyak terjadi perkara begini,lantas kau diberi tempoh 3 hari percubaan dan baiki kesilapan.At last after 3 days,senior suruh kau buat,HARAM kau tetap same.Ish..kalau aku jadi senior kau aku surrender ,tak nak aku ajar budak lembap macam ini.Ade tak perasaan malu bila senior ckp macam tu.So belajarlah supaya kau tak menyusahkan orang lain dan jugak diri kau sendiri!!

I do admit,I'm not fast learner tapi kalau nak apply job dalam resume yakin betul kau.." I'm fast learner,willing to learn a new thing and bla,bla.," di mana ayat kau memang bajet kau sumpah terer!!With all words that u have wrote on your resume assume that you're the best and TIP TOP in the world!!Barulah orang tengok resume terus nak hire kau keje bro!!Tapi sedarkah korang kalau kau tulis macam tu makanya kau kene buktikan dengan orang ramai bahawa kau terer and boleh menyiapkan apa jua tugasan yang bakal diberikan.

Fahami situasi orang-orang yang stress dengan keadaan orang yang lambat paham  dengan ape segala orang bagitau.Die lagi stress mengalahkan ibu-ibu yang ade 8 orang anak kt rumah dan macam-macam kerenah.
Simple advice BELAJARLAH!!!

nota kaki:tiada kene mengene antara yang hidup ataupun yang telah meninggal.Peace yo!!

Tuesday, May 8, 2012

tutti frutti

Assalamualaikum.

Lately aku asyik bazirkan duit dekat TF au..Ape TF??Tutti Frutti la,tak omputeh la sebut habis tutti frutti.Hehe.
Ini terjadi apabila seorang makhluk yang bernama "adik" selalu je membodek aku dengan penuh lentok!!Habis kau aku pon tergugat like orang pempuan membuat aksi ranjang di depan lelaki!!Penangan godaan adik aku ni memang tahap orang kate langsung tak boleh dirunding!!Lantas aku pon setuju aje ikut die pergi TF.Nasiblah die  study lain tempat dan  balik 2 minggu sekali.Kalau hari-hari balik dan hari-hari menghadap staf2 dkt TF terbelah dompet aku!!

For the first time,aku tengok org makan TF ni dekat FB je.Selalu dok gembar-gemburkan TF ni sedap.Then,one day aku terpandang kat kaca tb aku.Minah Mesia yang bukak branch kt obesi tu,pehh!!Terangkat aku tgk TF ni dengan topping kau bayangkan panjang satu meter.Mau tak terliur.Tapi aku redha sebab kat Ganu lambat kot nak ade TF ni.

Tapi kau jangan sangka Ganu ni macam common sangat .Nak makan pon susah..Errmm lekluuu.Finally terbinalah satu bangunan TF betul-betul di hadapan Hotel Tanjung Vista K.Terengganu.Apalagi melonjak kegembiraan la kan!!

Sumpah korang terliur..Don't worry kau makan benda ni tidak menaikkan berat badan secara mendadak.Sebab ini adalh yoghurt bukan betul-betul eskrem * pandai je kau menyedapkan perasaan sendiri supaya dapat makan selalu *.

This is eksaited face.My first time was at TF..Dalam hati " takdela sedap sangat pon"..ehemm ;)

First trial.Kite nebesla sebab tu bersepah je.Dieorg keje kat situ asyik pandang kite je,ape bajet kite tak reti kew...Hewhewhewhew.

Yall's boleh cuba macam-macam flavor with all type of topping.The latest flavor aku try was strawberry banana.Boleh tahan ar sedap.Erm nak describe satu-satu flavor aku sendiri pon tak paham.Sebabnye bile ambik bukan set satu flavor je tapi lebih dari satu flavor.

So,bagi penggemat TF yang HARDCORE ,jangan resah bila berat badan anda naik secara mendadak kerana anda sendiri yang salah tidak memikirkan future impact!!

Bai..thanx for reading.