Assalamualaikum.
Bila kita berada di alam /zaman modern serba canggih dan serba fast n furious membuatkan manusia masa kini menjadi sgt malas dan kadang kadang macam tak nak mengimbau zaman nenek kau dolu2 yg serba tidak canggih malahan susah dan payah hidup di zaman lampau.Lima sen dulu ibarat 50 hengget sekarang,tp 5 sen sekarang umpama habuk2 berterbangan sana sini korang pandang pon dah tak heran.Over u !!
Situasi pertama:
Ape yang aku maksudkan adalah routine of the day atau hari hari routine pon boleh jugaklah.Mak mak kau dulu suka masak kat rumah ,bayangkanlah ..betul betul pon tak pe..sebelum masak boleh hitam dan comot muka sbb nak hidupkan unggun api tp sekarang korang yg ade dapur gas cume hidupkan pakai lighter pon malas nak masak tp lagi sanggup makan kat luar.Ini kerana alasan sibuk bekerja,balik rumah macam cali capling nak siapkan pakaian anak,gosok baju sndiri/anak..Yang ini boleh consider..tp yg stay bujang tran tang tang ape cite der??
Situasi kedua:
Bile korang hang out lps tu lepaking ramai..* tgklah ayat aku pon da mcm org tak bertamadun * hehe.Sekarang da tak mengenal jantina baik lelaki mahupun perempuan sama kencang je melepak sampai ke pagi dkt mamak lps tu ketawa terbahak-bahak mengalahkan monster.Kalau zaman dulu mak mak kita tolong mak kepada mak kite waktu malam bungkus nasi lemak untuk dijual pada keesokan harinya.Hanya kerana nak dapatkan lima sen yang dulunya sangat bernilai.Tiada istilah lepak-lepak tiada istilah hidup nak dpt free semua bnde.Tapi zaman sekarang semua da tersedia di dpn mata.Sarapan pg pon nak kene mak yg sediakan kalau tak nasi lemak hinggap kat muka mak..Ish2...teruknya remaja zaman sekarang.Ouh BTW i am teenager also:)
Situasi ketiga:
Jangan dilupa jugak gadget ( ulang 2 kali )...sambung .gadget hebakk dan tercangih juga terover mahal sampaikan manusia zaman sekarang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mendapat kepuasan hati.Lihatlah dunia,laptop,handphone pon da tak mcm handphone boleh ganti jd screen TV,lps tu macam2 gadget yang tak mampu aku nak taip.Kau tgk sekeliling korang esp kedai makan ke ..masing masing kalau xdek dua handphone kat tangan mmg tak sah.Lps tu nak pulak tgh makan satu tangan syok taip msg satu tangan lagi suap makanan,* budaya femes masa kini *,Memang da tiada adat waktu makan.Sedarkah korang yang mempunyai lebih drpd 1 gadget mengundang bahaya ..Orang tgk kau mcm kaya je kan pakai hp canggih n banyak2 lps tu depa berniat nak ragut kau sat g...Padahal dieorg tak tau yang kau ikat perut pakai tali rapeah semata-mata nak dapatkan gadget3 tersebut.
Situasi keempat:
Bukan itu sahaja ,tidak dilupakan jugak gaya or we called it pesen zaman sekarang.Baju,tudung,kasut ,kereta dan mcm2 lg.Masing 2 bergaya tak bertempat ,pergi pasar malam tudung lilit sampai ke pinggang ,baju tak payah cakap,kasut jugak dan handbag apatah lagi kan ,kurang2 dalam wardrobe must have 1 branded handbag,yg tu je kau duk usung ke sana ke mari dgn harapan org akan bangga tgk dan kau pon boleh berlagak.Sampai lemau handbag .Tak kesah lah kan tp jgn disebabkan beg mahal tp makan tghari berkongsi 4 orang.Ini pon boleh dikategorikan dunia akhir zaman kot.
Situasi kelima:
Bila berjumpa bestprenngg ,pergh...rap dulu "wassup yo" diiringi tepuk bahu sampai senget bahu kawan.Ataupun menjerit nama kwn pd jarak 2Km dan lontaran suara sangatlah kuat sehinggakan lari pitching suare.Sudah tiada istilah salam ..i mean shake hands dan tegur secara halus.
Wahai manusia sekarang ,di manakah nilai nilai murni dan tata tertib jugak adab sopan santun yang diwarisi oleh moyang moyang kita sejak berkurun yang lalu.Tidak terasakah kita untuk mengembalikan dan mewarisi nilai murni yang sudah diterap dalam jiwa dan raga moyang moyang kita.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
p/s:tetibe je keluar ayat berwawasan an..Name pon hidup kt Malaysia memanglah perlu wawasan der:)
Eh..jangan lupe like tau..Heeee
Bye..thanx for reading.