Monday, June 10, 2013

Sudah-sudahlah

Assalamualaikum

A short entry for my readers.


Sudah-sedahlah kita mencari kesalahan orang lain,

Sudah-sudahlah kita mencaci orang lain,

Sudah-sudahlah kita menghina orang lain,

Sudah-sudahlah kita tidak puas hati dengan orang lain,

Sudah-sudahlah kita,kerna kita semua manusia.

Masih banyak perkara yang perlu difikirkan mati akhirat sana.

Sudah-sudahlah wahai sayang saya sekalian.



Let's picture tell and talk :)

Sekian.

Monday, June 3, 2013

Denim blouse and long dress

Assalamualaikum

Lima bulan lepas aku ada beli satu long dress.It's sleeveless long dress.Lepastu tak tahu dah,huru hara nak pakai camane.Kalau wear with inner mampos laki aku tak bagi.Dah la sleeveless inner pulak ketet sampai seksa nak sebut.Kemudian hati ini merajuk.Okay kita peram dulu dalam almari .T_T

A month after ,aku tengok lagi dress tu,tak pakai sayang,kalau pakai konfirm kene sopan habis.Sedeh.Tolak masuk lagi ke dalam almari.Boleh dikatakan hari-hari aku tengok tapi tak tahu how to dress it up.Sedihkan.
Almost 5 months i bought that long dress,sambil-sambil ikhtiar jugak cara pakai yang sesuai,maklumla sekarang musim panas,takkan aku nak pakai dengan knitted cardi the only one i had.Tak sanggup mak.Lepastu try to match with jacket yang aku beli dekat bundle.Sesuai dah tapi kepanjangan jacket tersebut tidak membenarkan aku untuk meneruskan hasrat untuk memakai dress tersebut.Sampai satu tahap ,aku cakap lantak ah.Tak payah pakai ,simpan je buat pekasam.

After all,kebetulan adik aku bawak aku pergi jalan-jalan dekat ekspo yang ada jual baju-baju,dress,tribal dan sebagainya.Then aku terjumpa la satu booth tu yang jual denim blouse.Aku try,selidik,belek dan kaji it suitable most and i picked!!Cost only RM30.00.Balik je rumah laju-laju aku try matchkan dengan long dress,tanpa pengetahuan suamiku.Godek-godek depan cermin.And yeaahh it's work okay!!Bagi pandangan aku la.Hehe..So u want to know that kind of look??


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


p/s:this picture was taken by husband.Heee.Because he like this kind of look maka rela hati dia nak snap khonn...kohkohkohk

Tadaa!Panjang nau kisah long dress ni kan baq hang!!Since dah kahwin ni kan banyak benda yang perlu disayangi taw.Ihiks ;p

Bawal:Pasar malam
Denim blouse:Ekspo /street
Long dress:nade nook

Ok.Baii

Thanx for reading this :)

Thursday, May 30, 2013

Cotton LOOK

Assalamualaikum

Sorry for the lack of updates, I just am too mem-busy with work!Actually I'm out of idea.Don't know what should i story and share with u oll (yg tak berapa ramai readers).Sila tampa dan menampa saya !!Recently,aku ada beli banyak sangat ready made cotton dan juga kain pasang cotton tak kira online,offline mahupun terjah direct ke kedai kain.

Actually ,kalau korang nak tau minat aku ni macam kadang-kadang boleh lack dari diri aku yang sebenar.Entahlah aku kalau dah minat kat sesuatu aku akan cuba dapatkan jugak biarpon payah,getir,liat dan menangis air mata darah sekalipun aku akan tetap dapatkan juga.Haa panjang tau nak explain perasaan seorang manusia yang bernama AKU ni.

So back to our business,cotton is my favourite most ,cotton ni bagi aku sangat simple yet elegant tapi bila pakai nampak suwiit se suwitt gula kapas!!Material dia yang lembut pada kulit/badan terutama untuk orang kulit sensitip /alergic dan suka gatal-gatal macam aku ni ,memang sesuai sangatlah.On top of that,why aku suka sangat cotton.Why fiza why??Sebab kadang-kadang aku tak perlu gosok sebab material dia boleh mengelirukan mental manusia yang memandang aku.Haa..nak tahu kenapa sebab kalau tak gosok memang tak nampak wrinkle macam usia limapolohenamtahun.That's why aku suka cotton,senang,mudah dan cergas.Kalau terlewat nak pergi keje boleh pakai terus.Bagus cotton service ni kan laju dan pantas je..I loikke angat taw ;p.

Kat bawah ade sikit review for my fav cotton :)












Tadi aku ade mention yang aku suka jugak beli cotton ni dekat online.So for more choice u can click link below :)

MCS 

They all ,most my fav online shop.So korang nak pilih untuk raya nanti memang cantik sangat lah.

Sekian ,terima kasih.


Sunday, April 7, 2013

Weekend yang suoer penat!!

Assalamualaikum

Hai all....bile bercakap pasal kahwen semua mesti like tak sabar kan!!Tapi bile dah berumah-tangga means suami isteri korangs akan rasa best,pahit,manis kau telan jua.Eh mengarut ke laut dah writing aku.Bila bekerjaya satu hal ,jadi isteri satu hal belom jadi super mommy busy in the world lagi tau.

Macam aku jadi isteri week-end untuk si suami aku.Halnya kiteorang berjauhan ..sangat jauh macam Malaysia ke Mesir.Balik je rumah hal pertama aku akan cakap kat suami PENAT ,no kidding okay.if i say penat i really mean it macam berlari 1000 meter!!

Hal kedua lagi penat jika suami not in good condition like demam or headed!!Ouh em jiee .Of course la balik rumah aku kene cover berdouble-double kerja.Sian kat suami dah la tak sihat kene marah lagi..Marah manje...heee.Bayangkan tinggal kan suami dan rumah for a week.Jadinya before pergi mencari sesuap nasi make sure all the thing mesti clear .Contoh laundry pop kene kosong,pinggan gelas sudu garpu kene cuci ,meja makan ,bilik tidur ,bilik solat bilik mandi dua bijik aku kene cuci tau!!tau!!

After a week balik macam a month!!Huhh....dahsat penangan suami seorang diri di rumah macam ber-se-puluh.Yea aku paham die pon keje macam aku ,tapi macam tu la adat la kalau berjauhan .Lagipon die lelaki mane tau sangat nak uruskan hal rumah.Melainkan aku pot pet pot pet okay la sekejab.Then he will repeat a same thing.Nak terang pon i tak tahu..Hiks.Penaat tapi seronon.Memang tidak dinafikan sangat penat.Mau tak penat drive sensorang dengan badan yang letih.Tapi aku redha itulah namanya KEHIDUPAN.

Suami pon kadang-kadang banyak advise me to banyak-banyak sabar sebab dia sesangat faham keadaan aku dan juga keadaan kami.Ini lah namaya pengorbanan.


NOTA KAKI::My dear hubby,i love the way u treat me.


Sunday, March 31, 2013

Tips:How to look moreless yet stunning

Assalamualaikum

Hye all...Gedik-gedik sikit pagi ni sebab badan dengan otak tahap dah tak mampu berfungsi.Macam merajuk dengan aku.Mahu tak merajuk balik kampung sangat limit waktunya dah la limit pastu sempit pulak dengan keadaan sempit nak kene fikir macam-macam.Dua hari kejar-kejar kemas rumah,mengemop,mengilat dan macam-macam lagi la.Bila dah semput ,berkejar-kejar macam ade anak sepolohorang maka nak keluar makan dengan husband pon berkejar-kejar.

Jadi tajuk kita hari ni berkejar-kejar dengan masa okay.You all tahukan sekarang trend bawal tengah in macam revolusi K-POP yang tah hape-hape dah lah tah hape-hape ,nyanyi berterabur bajet aku faham sangat bahasa kau nyanyi.So dari sakit kepala dok pikiak mari kita belajar macam mana nak pakai bawal waktu berkejar-kejar macam aku alami simple tapi jadi cun macam aku bhahahaha.

Ape yang korang perlukan adalah tudung bawal ribbon brooch.Senangkan.lepastu dengan skill yang korang ada lembutkan jari-jemari you alls tarikkan bahagian bawah tudung dan lipat sedikit kemudian pinkan sampai jadi bentuk ribbon korang..Hee...senang bukan :)

Close up okay..Bila pakai sytle ni rasa confident sangat plus sopan gitu boleh la cover apa-apa yang patut kan :)

Lagi dan lagi...Macam comel gitteeww...Umur da 27 tahun tapi perangai macam tujuh tahun gitteeww :)


Selamat mencuba style baru yea kawan-kawan :)

Wednesday, March 27, 2013

Resipi:Ketam Lemak Cili Api

Assalamualaikum

Tempoh hari aku ada la merengek kat suami aku nak makan ketam sambil buat ekspresi muka yang terlampau .Tiap-tiap kali aku teringin dan terbayang-bayang ketam aku akan call suami sampai satu tahap dia cakap dia nak post ketam tu kat sekolah :).

Akhirnya,weekend tiba dan dia ajak aku pergi pasar tapi aku pulak malas.Then dia pergi Giant terdekat lepastu beli ketam dengan bahan-bahan nak buat ketam.Thanks a lot suami!!Here,i tell u ingredients and how to masak ketam lemak cili api:

Bahan-bahan utama:

Ketam ( jenis dan kuantiti ikut kata hati )
Cili api  ( sebanyak yang mungkin bagi penggemar pedas tegar like me )
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Santan
Serbuk perasa
Asam keping ( perefer 1 pcs je untuk hidangan yang kecil )
Serai ( dititik)


* Bahan-bahan kat atas kecuali ketam ,santan,asam keping dan perasa diblend lumat.

Aku main campak je tak ikut sukatan tapi ikut sesedap tangan je.

Cara-caranya:

Ambil periuk ade periuk tanah lagi bagus.Masukkan sedikit air dicampur dengan bahan yang diblend tadi.Kemudian biarkan mendidih seketika lepas tu masukkan santan.

Lepas masukkan santan,masukkan asam keping dan serai yang dititik.Lepastu sesekali kacau supaya santan tak berketul-ketul dan tak nak pecah minyak.Kalau dah mesra dengan serai bau wangi dah korang masukkan ketam tadi.

Last ,masukkan serbuk perasa.Biarkan mendidih seketika dan ketam dah masak lepas tu tutup api.

NOTA KAKI:JANGAN GUNAKAN AIR YANG BANYAK SEBAB BILA DALAM PROSES MENDIDIH KETAM AKAN MENGELUARKAN AIRNYA YANG BOLEH MEMBUATKAN MASAK LEMAK KORANG SEDIKIT CAIR.


 
Selamat mencuba!!
 

Monday, March 11, 2013

Tips:Cara mudah mencuci muka.

Assalamualaikum

Since aku stay jauh dengan husband plus tiada kekangan masa ,maka kesihatan muka dan badan memang jauh dari landasan silap haribulan boleh jatuh dari landasan.Maklum lah balik rumah jumpa husband seminggu sekali ,itupun macam kelam kelibut mana nak cuci baju,mana nak kemas rumah ,mana nak lipat kain dah macam robot aku.Sebab tu lah diri sendiri terabai.

Jadi ,nak dijadikan cerita last week aku dapat cuti panjang 4 hari gittew.Apa lagi grab the opportunity dengan sebaik mungkin.Plan siap-siap apa yang nak buat,bile dah settle hal rumah baru lah dapat settle diri sendiri.First thing yang aku buat adalah facial muka.Tak perlu pergi spa uolls,spa kat rumah jew:

Apa yang korang (s) perlu adalah:

- Face towel * takde face towel pakai body towel pon ok je.
- Pencungkil blackhead/whitehead
- Pencuci muka ( yang korang pakai hari-hari )
- Serum ( any brand )
- Moisturizer 

* Cara ni yang aku selalu amalkan since aku di kolej dulu-dulu,sangat senang tak perlu buang masa pergi jauh-jauh.

-First thing you need to do is steam muka.Cara die didihkan air ,bila dah mendidih masukkan air tadi ke dalam baldi /besen.Kemudian hadapkan muka korang ke atas wap air td dan tutup dengan towel selama 15-20 minit.Kalau tak tahan panas alih-alihkan seketika then continue .Tujuannya adalah untuk membuka liang-liang roma pada kulit muka supaya korang senang nak korek blackhead/whitehead.

-Okay ,dah siap steam rehatkan muka beberapa minit kemudian lakukan step kedua iaitu cungkil,korek dan buang blackhead/whitehead yang ada pada muka.Bila dah puas hati dah rasa takda dah depa bergelimpangan kt muka boleh skip the step.

-Make sure korang rehatkan muka beberapa minit sebelum meneruskan step yang seterusnya.Okay bab ni i loike sangat.Tontongkan muka ( urutan muka ).This step aku gunakan sabun susu beras.Trust me,i never use an expensive product for my face.Only sabun susu beras yang harga die lebih kurang RM5.00 kot.Okay urutkan muka dan mulakan dengan T-Zone selama 2 minit.Kemudian urutkan pula bahagian pipi dari atas ke bawah secara perlahan-lahan selama beberapa minit diikuti bahagian bawah dagu.Bila dah rasa puas dan rasa bersih boleh la cuci muka ( INGAT!!jangan gunakan warm water ,sebaiknya gunakan air biasa ).

-Selepas dah bersih boleh gunakan serum untuk mengecilkan dan menutup liang-liang yang disteam tadi.Bila siap pakai serum barulah sapu moisturizer untuk moistkan kulit to the max!!

NOTA KAKI:


Aku pakai serum yang warna hijau tu dari Hansaegee product.

This is favorite moisturizer ever!!Safi product.Kulit aku sangatlah kering dan after one week aku cuba product ni sangat berkesan dan kulit sangat moist mcm baby baru lahir.Over you!!Hahaha.



Selamat mencuba!!
 


Wednesday, February 27, 2013

Speechless

Assalamualaikum

Itu hari aku ade borak-orak dengan suami.Sembang bodo-bodo mcm tu je.Tak de berisi pon.Tapi tah kenape sedang syiook bersembang tetibe mata suamiku merenung aku tajam sampai menembusi ruang belakang ku,tipu sangat aku ni hahahaha..Okay lets continue.Then kiteorang sembang-sembang sampai lebam ,lepas tu die tibe-tibe menyampuk tanpa sebarang alasan " Kenape besar sangat lengan awak ?""

Damnnnnnnnnn....what the fishhhhhhhhh...OH MY TAK SUKE!!Kalau dia cakap aku makin lama makin cantik ke,makin gojes atau ape-ape je yang sedap didengar oleh halwa telinga aku tak pela.Ini tidak direct giler cakap siap cakap lengan aku sama besauu je dengan lengan die.


Fine,aku memang berisi sangat .Bulan pertama dgn bulan kedua kawen body maintain,,masuk bulan ketiga jeans dah ketat maknanya dah menunjukkan tanda-tanda,dan ianya makin parah since now!!Tak boleh control dah.Makan dan bantai apa saje yang ade depan mate!!

Lebih menyedihkan aku terpakse tukar cara pemakaian aku.Jadi gegirl ayu yaww!!Pakai sekirt,dresses,lepas tu pallazo.Sedihkan.Lebih ke arah kemajuan gitteww..Tak de kene mengene!!



NOTA KAKI:Sesungguhnya makan la kamu selagi diberi keupayaan dan kemurahan rezeki yang berlipat ganda.Heheheh :)



Tuesday, February 12, 2013

Important stuff in my handbag ( s )

Assalamualaikum

Aku seorang penggemar handbag tegar ,takpe takde brand pon janji handbag itu selesa untuk aku pakai dan tahan lasak.Eh kalau aku pakai handbag mahal pon macam korang prihatin sangat melainkan pricetag tu tak bukak lepastu bile galas handbag sengaja muncungkan separuh dari siku tangan supaya orang nampak brand khen...wawawawa..masalahnya aku tak pernah pakai handbag mahal-mahal ni cukup yang murah-murah aje.

Mahal ke murah ke bukan persoalannya tapi most important thing adalah keperluan yang aku dok kelek ke hulu ke hilir untuk berhari-hari lamanya sampai kadang-kadang aku tak boleh hidup tanpa stuff tersebut!!Balik rumah parents pon aku akan bawak sebab aku malas nak kemas.

Dalam handbag ada lagi bag.Tapi aku panggil small bag .Dalam bag ini ada pendrive.Setakat ni baru tiga pendrive .Lepastu macam-macam color pulak hitam,kuning dan putih .Ngade betul aku ni kan. Tiga sekawan ni bukan bodo-bodo je aku bawak tau .Semuanya ber-ke-pentingan.

Yang ni saiz versi mak sebab besar sikit dari yang atas tadi.Dalam bag ni aku letak macam-macam tau.Ade sunblock cream,ade lip balm ade envelope origami yang aku buat haritu ade kunci rumah dan macam-macam lagi.Tapi yang paling penting adalah lip balm dan sunblock cream la.Sebab sekarang dah masuk musim panas jadinya sunblock wajib ditempek supaya kulit aku tidak terbakar dan lip balm untuk mengurangkan kerekahan bibir.Gegirl gegirl gedik gitteww :)


Yang ni whole dalam handbag yang aku main campak campak je dan nampak sangat kemalasan tahap maksima.VCO pon boleh tercampak dalam handbag dengan bagaimana pun aku tak tahu.Lepas tu ada wallet .ID card pon ( kad pekerja ) tak pernah pakai tapi lebih rela dan kejam campak dalam handbag muahahaha.


Kalau nak ikutkan banyak lagi aku nak snap tapi macam malu laa nanti you all's cop aku ni bukan-bukan .Bajet ramai je yang baca blog aku kan.Motipp??

NOTA KAKI: ENTRY MALAS PLUS BOSAN.







Sekian

Tuesday, February 5, 2013

Baby

Assalamualaikum

Now everybody,everyone and every people keep asked me about baby.It's normal thing when a few months u get married,and how bored that question. "Are you pregnant ?? ".Up,side and down aku akan dibebani a same question.Kadang-kadang aku rasa nak vomit mengalahkan wanita alahan mengandung okay!!

Listen!!Let me speak..wehehehehe.Since aku teenager my period memang tidak stable,kadang-kadang lewat kadang-kadang tak period langsung dan ape yang mengejutkan a few years ago ade la dalam tahun tu which is bulan puasa aku tak pernah tinggal puasa,dua tahun berturut-turut.Aku pulak macam rileks-rileks je,kawan-kawan advise me to go to clinic buat check-up and i was like err nothing happen sebab kita punya badan kita akan tahu .Jadi aku biarkan aje.Perkara ini juga aku dah inform kat husband aku after we get married and after married aku terlalu risau pasal ketidak-stabilan period aku sedangkan sebelum kahwin aku macam okay giler and langsung tak kesah.Tapi 3 bulan sebelum kahwin my period was smooth di mana every month aku period dengan tepat,and aku tak tahu lah and my answer is mungkin aku mengamalkan supplement VCO.

After a month i get married ,period aku mula mereng.Memang dah lewat gile i thought i was pregnant,tapi aku biarkan saja  tanpa membuat pemeriksaan malahan aku tunggu dan tunggu hingga period datang.At last ,lewat sebulan aku period.Then i told my husband because at the time he worried a bit than me.He asked me to go to clinic but i refused sebab aku percayakan diri dan yakin aku akan period cuma lambat sahaja maybe perubahan hormon selepas kahwin.And after 2 months period aku kembali stable ,was smooth and tepat seperti 3 bulan sebelum aku kahwin.Okay sangat happy sebab terasa diri ini kembali sihat tanpa sebarang masalah and my husband was happy because he don't want me sakit or mengalami simpton-simpton yang tidak sedap die dengar :).

Mungkin 2 or 3 bulan kahwin orang tak kesah sangat samada kita pregnant ke tak sebab orang kata 3 bulan tu masih lagi dalam mood honeymoon macam nak berdua sama-sama lepas dah bosan berdua baru nak tambah lagi sorang.Yaa..it's true!!Same goes to me,aku dan husband dah plan after we get married .Nak hidup berdua dulu,tapi kalau dah dikurniakan rezeki awal kiteorang okay je.Sebab anak itu adalah rezeki.

Selepas usia perkahwinan aku dan suami mencecah 8 bulan ,orang akan tanye sebab peruabahan fizikal seperti badan macam dah gemuk muke pon semakin melebarkan takhtanya.And kebetulan pulak waktu ni aku tak jugak period.Kawan-kawan pon sibuk suruh aku pergi check takut-takut aku dah berisi,tapi aku boleh merasakan macam aku cakap tadi ini badan aku so aku boleh rasa sama ada aku pregnant ke tak.Akhirnya aku tewas sebab period aku dah terlalu lewat ,aku pon pergi check and the result was negative.I i told my friends dengan confident yang i tak pregnant.Tapi dieorang peliks ..Haa???Aku cakap yeaa it's negative.Tapi a day before aku g check aku dah cakap dengan husband I rasa yang i tak pregnant but husband macam excited pulak die suruh aku g check time tu tak tahulah macam mane nak gambarkan wajah die Ya Allah sangat berseri-seri tapi it was negative .Pada masa yang sama die cakap kt aku banyak bersabar and i replied saya okay je tapi sebab ramai orang tanya.Then after a week tggu lagi kenapa tak period jugak tapi simpton-simpton nak period dah keluar like sakit perut ,sakit pinggang and moody.Lepas tu bagitau kawan dia cakap kalau orang nak pregnant simpton die same jugak macam nak period.Tapi hati aku yakin yang aku memang  akan period.After bla,bla,bla aku pergi buat check-up kali ke-2 and the result also was negative.

Then aku cakap dengan suami saya ni mungkin payah sikit sebab period pon tunggang langgang.Tapi husband langsung tak kesah dia cakap semua itu kuasa Allah dan dia ada jugak bagitau sambil-sambil nak sedapkan hati aku la yang kawan-kawan dia lebih 6 tahun kahwin takde anak lagi.Aku dengan dia baru je berape bulan kot.Seriously aku macam tak sedih tapi aku bimbang pasal die sebab kiteorang berjauhan takut die bosan sorang-sorang.Kalau ade anak at least die tak sunyi khenn..


InshaAllah aku percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Chill :)

My dear hubby .* lot of love*





Sekian.






Sunday, January 20, 2013

Ice-cream goreng

Assalamualaikum

Waktu 90 an dulu kalau sebut ice-cream goreng pasti ada yang terpinga-pinga.Eh aiskrim goreng.Tak cair ke.Best ke??Banyak sangat soalannya tanpa memikirkan aiskrim goreng itu bukan digoreng bersahaja.Kalau kau deep fried konpom la meletop-letop minyak dalam kuali,aiskrim tah ke mana goreng pon hilang arah.

Kalau waktu sekarang orang dah tak heran,sebab fenomena makanan seiring dengan kemajuan teknologi.Cakap kau nak makan apa confirm dapat.Bukan makanan yang biasa-biasa tapi semua pelik-pelik.Contoh terdekat yang tengah hot sekarang ni "friut crepe".Tak pernah aku terfikir buah-buahan itu dipelbagaikan dalam macam-macam bentuk.Makanan lama ditinggalkan ,makanan baru sering berlegar-legar dan kadang-kadang air liur boleh kecur dengan sendirinya tatkala mengingatkan makanan-makanan tersebut yang datang dalam pelbagai warna,bentuk dan rasa..Tak ke yummeaahh!!

Aku cerita panjang-panjang je pon tak ade kaitan langsung tapi nak describe kat korang betapa entah ape-ape je trend makanan sekarang ni kan.Hehe.



Ini yang aku nak hebohkan untuk korang sebenarnya.Nama die aiskrim goreng tapi die variasikan jadi macam ais kacang.Kat tengah tengah tu aiskrim yang disalut tepung yang berisi aiskrim of course.Lepas tu at the top die taruk lagi one scoop aiskrim lepastu tabur lagi dengan raisins dan juga bahan-bahan yang sebijik dalam ais kacang untuk effect yang lebih menarik dan rasanye adalah double triple super yummeah!!

Sejak bile entah minat dengan warna turquoise.Kate tema tahun baru shocking color.Haruslah pakai color yang boleh membuka mata orang yang melihat.

Tudung bawal:Beli di Giant K.Terengganu kt tingkat atas.Naik escalator nampak la.
Cotton:Beli di Kamdar ,Terengganu.
Aiskrim goreng:Boleh makan di food court Batu Buruk K.Terengganu.
( bangunan belakang dekat dengan Tropix Bistro ).


Jemput terliur and thanx for reading this entry.  

Monday, January 14, 2013

Origami Envelope

Assalamualaikum

Dah lame giler aku tak update blog sebab awal-awal tahun ni khen macam bz dibaca (busy) semacam je.Ape orang bagi tugas aku hambek je,tanpa banyak kerenah boleh pahala den.Hiks.Kang aku berbunyi lain jadinya tapi disebabkan tahun baru aku okay je.

Okay ,tengok entry pun dah pelik, dah lama tak update bile update mengade-ngade pulak buat entry bukan-bukan bajet orang nak bace.Padahal takde orang nak bace melainkan tuan empunya badan.Bercakap pasal entry aku pada kali ni i nak ajar uolls macam mane nak habiskan kertas-kertas yang berterbangan di tiup angin lalu.Aku dah siapkan satu envelope tau bukan envelope yang bodo-bodo gunting setiap sudut A4 lepas tu gam.Oh no no no no.Tapi aku buat origami envelope yang banyak lipatan.Jadi di sini kau kene ade kemahiran atau asas melipat kain dulu baru boleh buat origami envelope.Pehh panjang explaination aku .Penat la pulak.



Inilah die hasilnya.Origami envelope my own version.( X ) merah tu aku buat sendiri konon sebagai pelekat la ,nanti korang nak letak pitis ke,nota-nota ke takdelah tercicir kan.

Nak tau caranya..Let's check it out here :)


Muahahaha.....korang klik je la link tu lepastu belajar sendiri.

Kbai!!!