Sunday, January 20, 2013

Ice-cream goreng

Assalamualaikum

Waktu 90 an dulu kalau sebut ice-cream goreng pasti ada yang terpinga-pinga.Eh aiskrim goreng.Tak cair ke.Best ke??Banyak sangat soalannya tanpa memikirkan aiskrim goreng itu bukan digoreng bersahaja.Kalau kau deep fried konpom la meletop-letop minyak dalam kuali,aiskrim tah ke mana goreng pon hilang arah.

Kalau waktu sekarang orang dah tak heran,sebab fenomena makanan seiring dengan kemajuan teknologi.Cakap kau nak makan apa confirm dapat.Bukan makanan yang biasa-biasa tapi semua pelik-pelik.Contoh terdekat yang tengah hot sekarang ni "friut crepe".Tak pernah aku terfikir buah-buahan itu dipelbagaikan dalam macam-macam bentuk.Makanan lama ditinggalkan ,makanan baru sering berlegar-legar dan kadang-kadang air liur boleh kecur dengan sendirinya tatkala mengingatkan makanan-makanan tersebut yang datang dalam pelbagai warna,bentuk dan rasa..Tak ke yummeaahh!!

Aku cerita panjang-panjang je pon tak ade kaitan langsung tapi nak describe kat korang betapa entah ape-ape je trend makanan sekarang ni kan.Hehe.



Ini yang aku nak hebohkan untuk korang sebenarnya.Nama die aiskrim goreng tapi die variasikan jadi macam ais kacang.Kat tengah tengah tu aiskrim yang disalut tepung yang berisi aiskrim of course.Lepas tu at the top die taruk lagi one scoop aiskrim lepastu tabur lagi dengan raisins dan juga bahan-bahan yang sebijik dalam ais kacang untuk effect yang lebih menarik dan rasanye adalah double triple super yummeah!!

Sejak bile entah minat dengan warna turquoise.Kate tema tahun baru shocking color.Haruslah pakai color yang boleh membuka mata orang yang melihat.

Tudung bawal:Beli di Giant K.Terengganu kt tingkat atas.Naik escalator nampak la.
Cotton:Beli di Kamdar ,Terengganu.
Aiskrim goreng:Boleh makan di food court Batu Buruk K.Terengganu.
( bangunan belakang dekat dengan Tropix Bistro ).


Jemput terliur and thanx for reading this entry.  

8 comments:

♥ sitifarhana ♥ said...

skrg ni mmg macam2 makanan yg kua. semua nak ad fenomena. hehe

rohayu osman said...

nampak sedap je.. terliur lah plak nengok..

sa mic said...

hamboih sedapnya , teringin mula nak merasa, huhu

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Nampak sedap aiskrim goreng tu...

aNiss :):) said...

nampak sodappp T.T teringinnnn

Liza Licha said...

jauhnya nak cari sampai terengganu :)

Lyaa Suriany said...

ok memang terliur ni

Miss Zahirah said...

xprnh mkn lgi askem goreng ni.. tp nmpk sdap laa