Sunday, March 31, 2013

Tips:How to look moreless yet stunning

Assalamualaikum

Hye all...Gedik-gedik sikit pagi ni sebab badan dengan otak tahap dah tak mampu berfungsi.Macam merajuk dengan aku.Mahu tak merajuk balik kampung sangat limit waktunya dah la limit pastu sempit pulak dengan keadaan sempit nak kene fikir macam-macam.Dua hari kejar-kejar kemas rumah,mengemop,mengilat dan macam-macam lagi la.Bila dah semput ,berkejar-kejar macam ade anak sepolohorang maka nak keluar makan dengan husband pon berkejar-kejar.

Jadi tajuk kita hari ni berkejar-kejar dengan masa okay.You all tahukan sekarang trend bawal tengah in macam revolusi K-POP yang tah hape-hape dah lah tah hape-hape ,nyanyi berterabur bajet aku faham sangat bahasa kau nyanyi.So dari sakit kepala dok pikiak mari kita belajar macam mana nak pakai bawal waktu berkejar-kejar macam aku alami simple tapi jadi cun macam aku bhahahaha.

Ape yang korang perlukan adalah tudung bawal ribbon brooch.Senangkan.lepastu dengan skill yang korang ada lembutkan jari-jemari you alls tarikkan bahagian bawah tudung dan lipat sedikit kemudian pinkan sampai jadi bentuk ribbon korang..Hee...senang bukan :)

Close up okay..Bila pakai sytle ni rasa confident sangat plus sopan gitu boleh la cover apa-apa yang patut kan :)

Lagi dan lagi...Macam comel gitteeww...Umur da 27 tahun tapi perangai macam tujuh tahun gitteeww :)


Selamat mencuba style baru yea kawan-kawan :)

Wednesday, March 27, 2013

Resipi:Ketam Lemak Cili Api

Assalamualaikum

Tempoh hari aku ada la merengek kat suami aku nak makan ketam sambil buat ekspresi muka yang terlampau .Tiap-tiap kali aku teringin dan terbayang-bayang ketam aku akan call suami sampai satu tahap dia cakap dia nak post ketam tu kat sekolah :).

Akhirnya,weekend tiba dan dia ajak aku pergi pasar tapi aku pulak malas.Then dia pergi Giant terdekat lepastu beli ketam dengan bahan-bahan nak buat ketam.Thanks a lot suami!!Here,i tell u ingredients and how to masak ketam lemak cili api:

Bahan-bahan utama:

Ketam ( jenis dan kuantiti ikut kata hati )
Cili api  ( sebanyak yang mungkin bagi penggemar pedas tegar like me )
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Santan
Serbuk perasa
Asam keping ( perefer 1 pcs je untuk hidangan yang kecil )
Serai ( dititik)


* Bahan-bahan kat atas kecuali ketam ,santan,asam keping dan perasa diblend lumat.

Aku main campak je tak ikut sukatan tapi ikut sesedap tangan je.

Cara-caranya:

Ambil periuk ade periuk tanah lagi bagus.Masukkan sedikit air dicampur dengan bahan yang diblend tadi.Kemudian biarkan mendidih seketika lepas tu masukkan santan.

Lepas masukkan santan,masukkan asam keping dan serai yang dititik.Lepastu sesekali kacau supaya santan tak berketul-ketul dan tak nak pecah minyak.Kalau dah mesra dengan serai bau wangi dah korang masukkan ketam tadi.

Last ,masukkan serbuk perasa.Biarkan mendidih seketika dan ketam dah masak lepas tu tutup api.

NOTA KAKI:JANGAN GUNAKAN AIR YANG BANYAK SEBAB BILA DALAM PROSES MENDIDIH KETAM AKAN MENGELUARKAN AIRNYA YANG BOLEH MEMBUATKAN MASAK LEMAK KORANG SEDIKIT CAIR.


 
Selamat mencuba!!
 

Monday, March 11, 2013

Tips:Cara mudah mencuci muka.

Assalamualaikum

Since aku stay jauh dengan husband plus tiada kekangan masa ,maka kesihatan muka dan badan memang jauh dari landasan silap haribulan boleh jatuh dari landasan.Maklum lah balik rumah jumpa husband seminggu sekali ,itupun macam kelam kelibut mana nak cuci baju,mana nak kemas rumah ,mana nak lipat kain dah macam robot aku.Sebab tu lah diri sendiri terabai.

Jadi ,nak dijadikan cerita last week aku dapat cuti panjang 4 hari gittew.Apa lagi grab the opportunity dengan sebaik mungkin.Plan siap-siap apa yang nak buat,bile dah settle hal rumah baru lah dapat settle diri sendiri.First thing yang aku buat adalah facial muka.Tak perlu pergi spa uolls,spa kat rumah jew:

Apa yang korang (s) perlu adalah:

- Face towel * takde face towel pakai body towel pon ok je.
- Pencungkil blackhead/whitehead
- Pencuci muka ( yang korang pakai hari-hari )
- Serum ( any brand )
- Moisturizer 

* Cara ni yang aku selalu amalkan since aku di kolej dulu-dulu,sangat senang tak perlu buang masa pergi jauh-jauh.

-First thing you need to do is steam muka.Cara die didihkan air ,bila dah mendidih masukkan air tadi ke dalam baldi /besen.Kemudian hadapkan muka korang ke atas wap air td dan tutup dengan towel selama 15-20 minit.Kalau tak tahan panas alih-alihkan seketika then continue .Tujuannya adalah untuk membuka liang-liang roma pada kulit muka supaya korang senang nak korek blackhead/whitehead.

-Okay ,dah siap steam rehatkan muka beberapa minit kemudian lakukan step kedua iaitu cungkil,korek dan buang blackhead/whitehead yang ada pada muka.Bila dah puas hati dah rasa takda dah depa bergelimpangan kt muka boleh skip the step.

-Make sure korang rehatkan muka beberapa minit sebelum meneruskan step yang seterusnya.Okay bab ni i loike sangat.Tontongkan muka ( urutan muka ).This step aku gunakan sabun susu beras.Trust me,i never use an expensive product for my face.Only sabun susu beras yang harga die lebih kurang RM5.00 kot.Okay urutkan muka dan mulakan dengan T-Zone selama 2 minit.Kemudian urutkan pula bahagian pipi dari atas ke bawah secara perlahan-lahan selama beberapa minit diikuti bahagian bawah dagu.Bila dah rasa puas dan rasa bersih boleh la cuci muka ( INGAT!!jangan gunakan warm water ,sebaiknya gunakan air biasa ).

-Selepas dah bersih boleh gunakan serum untuk mengecilkan dan menutup liang-liang yang disteam tadi.Bila siap pakai serum barulah sapu moisturizer untuk moistkan kulit to the max!!

NOTA KAKI:


Aku pakai serum yang warna hijau tu dari Hansaegee product.

This is favorite moisturizer ever!!Safi product.Kulit aku sangatlah kering dan after one week aku cuba product ni sangat berkesan dan kulit sangat moist mcm baby baru lahir.Over you!!Hahaha.



Selamat mencuba!!